: Nabi SAW bersabda :

"bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"

Wednesday, September 23, 2009

ini entri bangga

baru2 nih balik beraya.. aku lihat sepupu2 ku semuanya sudah berjaya.. dan aku merasa bangga.. kerana dulu ketika mereka masih kecil mereka tu sering menyusahkan aku.. aku laa yg kena dera di suruh itu ini oleh mak abah dorg.. sbb dorg kecil lg x mampu utk diharap membuat kerja2 rumah.. jd aku laa yg kena menyapu, vacuum karpet, membasuh pinggan mangkuk, melipat toto / selimut dan menyiram pokok kelapa opah.. [bajet rajin..]

tp sekarang bila mereka dah besar aku hanya memerhati jer dorg buat itu semua.. semua nya dah boleh diharap.. dan aku merasa bangga.. kerana aku boleh goyang kaki dan tepuk tgn tanda gembira [dlm erti kata lain ronggeng ke pekan]

dulu.. aku jer laa yg membagi duit raya kat mereka2 tu semua.. tp kini ku lihat mereka dh bijak menghulur duit raya kepada anak2 buah atau sepupu2 yg masih kecil.. aku merasa bangga kerana aku tau mereka mencontohi perkara yg mulia dari kami2 yg semakin dewasa ini.. dan sbb mereka2 inilah bajet duit raya aku setiap tahun akan berkurangan [dah rmai yg menghulur jd bleh laa aku mengelat..teheee...]

aku rasa bangga lagi bilamana ramai antara mereka sudah pun berkerjaya, berkereta membawa mak abah masing2 pegi beraya, bergaya vogue dgn kebaya moden dan tudung ekin, bermakeup dan berambut rebonding, mengusung handphone touch skrin serta PSP, malah lbh bangga melihat mereka bersama suami, isteri dan anak masing2.. cukup ketara perubahan itu =)

tp yg lbh mengharukan bila mereka memberi cadangan mengumpul dana untuk membeli kerusi roda untuk opah.. ini tidak penah kami yg semakin dewasa ini fikirkan.. syukur mereka2 tu semua berakal panjang dan x mudah lupa diri.. aku doakan yg baik2 utk mereka.. biar mereka beroleh kejayaan dunia akhirat.. [luv all my adik2 sepupu]

aku suka tempat ini.. tp bersyukur kerana ini bkn kg halaman ku =)

2 comments:

zelo55 said...

"tudung ekin"
wahahahahaa...spupu ko tu mst lg comel klau bertudung bawal a.k.a tudung melayu...
heeeeee....

AirBatu said...

owh zelo55 sudah tau mana satu tudung ekin.. tahniah!.. =) ingt tau itu tudung ekin bkn tudung lekat/lekap.. hohoho