menjadi seorg "SAYA" adalah rumit.. rumit itu datang dari saya sendiri... tiada masalah mencari masalah, ketika org berbuat baik saya bersikap negatif, apabila saya memuji org fikir saya cemburu, bila hari2 saya menjadi sangat positif..saya di provoke, mahu gembirakan hati sendiri tp seringkali mengabaikan hati org, masalah saya adalah saya sendiri.. cukup lah jgn tambah lagi...
ya hati saya mmg diperbuat dari kaca.. saya tak minta selalu dijaga kerana org lain pon ada hati jugakan.. jagalah hati masing2.. saya mahu jaga hati saya yg sgt berkaca ini.. saya mahu mendiamkan diri tp saya juga ada sesuatu untuk di ckp kan.. saya bkn seperti org lain berckp tentang semua perkara dgn penuh yakin.. saya tiada apa2 utk diceritakan.. kerana saya adalah org biasa.. hidup saya biasa.. saya masih ada kedua org tua saya, saya ada adik beradik dan saya ada anak2 saudara yg menceriakan saya... saya ada kawan yg memahami dan kwn2 yg tak memahami.. saya tak boleh menjadi seperti mereka kerana saya adalah saya... saya ambil apa yg positif dr mereka.. dan saya cuba tapiskan yg negatif dr mereka.. pengalaman mereka membuat saya berfikir.. kerana saya tiada pengalaman yg luas seperti mereka.. kerana itu kdg2 saya jd cemburu.. tp di penghujung hari yg satu itu.. saya ttp bersyukur kerana saya adalah saya dan bukan mereka...
saya mohon sentiasa dari-Nya, berikan saya kesabaran, lembutkan hati saya, jauhkan lah rasa amarah dalam jiwa ini... bila org kata saya "KURANG AJAR" saya nak sabarkan hati saya, pekak kan telinga saya, abaikan kejadian itu dan balut kegurisan hati.. katalah apa jer.. asal kan saya tahu siapa saya.. mak abah saya ajar saya cukup2.. mak abah korang pon dah bg didikan yg sempurnakan.. terpulang pada kita bagaimana kita nak bentuk diri sendiri.. acuan nya sudah betul.. cuma bentuk nyer saja tak sempurna bila di masak.. saya nak perbaiki diri tp bagaimana saya nk perbaki nya jika belum mengenal diri ini sedalam2nya.. saya pasti saya akan perbaikinya biar menjadi lebih baik dr hari ini.. tp entah bila kah?.. kerana hari ini perangai ini tidak sebaik semalam..
"Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati"
saya ceriakan hati dgn melarikan diri 4 pusingan..
di hujung pusingan itu saya tau hati sedikit gembira =)

